07 April 2011

Projek Penternakan Kambing Biri-Biri @ Kuantan



Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah swt... akhirnya Koexsas berjaya melahirkan projek sulungnya iaitu Penternakan kambing Biri-Biri yang bertempat di Panching Selatan, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Lebih menggembirakan lagi ialah projek ini di jalankan oleh ahli koperasi Koexsas sendiri. Ini selaras dengan visi dan misi koperasi untuk menjana kebajikan bagi para ahli.

Sebagai permulaan, langkah awal dumulai dengan pelaburan untuk 30 ekor kambing biri-biri induk. Sehiingga kini, dalam masa 4 bulan, 10 ekor anak biri-biri telah dilahirkan.

Syabas kepada semua rakan seperjuangan.... bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Pihak koperasi akan memaparkan tidak lama lagi senarai harga kambing biri-biri untuk dipasarkan ke seluruh dunia. Atu setidak-tidaknya untuk penggunaan ahli.

selamat! hidup berjasa!

No comments:

Post a Comment