07 April 2011

Penutupan Pendaftaran Keahlian KOEXSAS

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2009, kami telah berjaya menjejak kasih ramai kawan lama dari batch SPM1987 SEMSAS. Berbagai reaksi yang kami terima apabila mengajukan cadangan perancangan menubuhkan koperasi bagi menambah erat tali persaudaraan dan juga menjana kebajikan kepada sesama kawan. daripada saat itu hingga Mesyuarat Agung Ke-2 2010, kami telah berjaya mengumpul 56 orang ahli koperasi Koexsas.

Kini, usaha kami berjaya membuka mata sebahagian lagi kawan-kawan dan dijangkakan jumlah keahlian juga meningkat 50%.

Dengan pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) SEMSAS tercinta yang kami terima, setiap pekerjaan kami adalah nekad dan berwawasan. Walau pun berurusan denngan kawan-kawan lama, namun bebanan tanggungjawab yang dipikul bukanlah gurauan senda. setelah memberi penerangan dan peluang lebih 3 tahun, kami kini membuat keputusan untuk terus bergerak maju. Koperasi ini mesti dimajukan, makan urusan keahlian tidakl lagi menjadi keutamaan kami, sebaliknya mewujudkan peluang kebajikan kepada ahli yang telah memberi komitmen masa, harta dan diri serta amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sebulat suara, dengan rasa berat di hati, kami mengumumkan bahawa Pendaftaran keahlian KOEXSAS akan ditutup mulai 31hbMei, 2011.



Terima kasih kepaa tuan bendahari kerana menyediakan poster mekluma ini.

No comments:

Post a Comment