10 April 2011

Reunion Ke- 5 akan datang !!!

Salam semua rakan-rakan exsas8387,

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa kita aka mengadakan reunion batch SEMSAS 1983 ( SPM 1987 ) bagi kali yang ke-5. Perancangan terkini adalah seperti berikut;

Tarikh : 25-26/6/2011 Sabtu-Ahad
Tempat : Cheringin Hills Convention & Spa Resorts, Janda Baik, Pahang Darul Makmur
Agenda : Family day exsas8387 & AGM Koperasi Koexsas



Sila berhubung dgn En Azlin untuk maklumat lanjut. Setakat ini sudah 24 orang yg menunjuk minat untuk hadir. Diharap lebih ramai kan hadir bagi kembali mengeratkan silaturrahim.

1. Azlin
2. Azanil
3. Sheikh
4. Zaharudin
5. Roslan mat yusof
6. Shahrul akmal
7. Nazim
8. Azhar anuar
9. Yati darwis
10. Zuhairi
11. Mat Din
12. Lt Kl Rashidin TJ
13. Feizol

14. Arzahri Zakaria
15. Zainal
16. Bakhtiar
17. Nik li
18. Hamrizal
19. Yatie z
20. M. Fadzli
21. Zukhri

22. Zulkarnain
23. Fauzi latif

24. Hj Suzaini
25. Munirah Ishak
26. Rosli
27...

Maklumat lanjut akan dihebahkan dlm masa terdekat.. keep checking your emails, facebook and web kita nih...

Harap maklum. Tk.

07 April 2011

Penutupan Pendaftaran Keahlian KOEXSAS

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2009, kami telah berjaya menjejak kasih ramai kawan lama dari batch SPM1987 SEMSAS. Berbagai reaksi yang kami terima apabila mengajukan cadangan perancangan menubuhkan koperasi bagi menambah erat tali persaudaraan dan juga menjana kebajikan kepada sesama kawan. daripada saat itu hingga Mesyuarat Agung Ke-2 2010, kami telah berjaya mengumpul 56 orang ahli koperasi Koexsas.

Kini, usaha kami berjaya membuka mata sebahagian lagi kawan-kawan dan dijangkakan jumlah keahlian juga meningkat 50%.

Dengan pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) SEMSAS tercinta yang kami terima, setiap pekerjaan kami adalah nekad dan berwawasan. Walau pun berurusan denngan kawan-kawan lama, namun bebanan tanggungjawab yang dipikul bukanlah gurauan senda. setelah memberi penerangan dan peluang lebih 3 tahun, kami kini membuat keputusan untuk terus bergerak maju. Koperasi ini mesti dimajukan, makan urusan keahlian tidakl lagi menjadi keutamaan kami, sebaliknya mewujudkan peluang kebajikan kepada ahli yang telah memberi komitmen masa, harta dan diri serta amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sebulat suara, dengan rasa berat di hati, kami mengumumkan bahawa Pendaftaran keahlian KOEXSAS akan ditutup mulai 31hbMei, 2011.



Terima kasih kepaa tuan bendahari kerana menyediakan poster mekluma ini.

Projek Penternakan Kambing Biri-Biri @ Kuantan



Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah swt... akhirnya Koexsas berjaya melahirkan projek sulungnya iaitu Penternakan kambing Biri-Biri yang bertempat di Panching Selatan, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Lebih menggembirakan lagi ialah projek ini di jalankan oleh ahli koperasi Koexsas sendiri. Ini selaras dengan visi dan misi koperasi untuk menjana kebajikan bagi para ahli.

Sebagai permulaan, langkah awal dumulai dengan pelaburan untuk 30 ekor kambing biri-biri induk. Sehiingga kini, dalam masa 4 bulan, 10 ekor anak biri-biri telah dilahirkan.

Syabas kepada semua rakan seperjuangan.... bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Pihak koperasi akan memaparkan tidak lama lagi senarai harga kambing biri-biri untuk dipasarkan ke seluruh dunia. Atu setidak-tidaknya untuk penggunaan ahli.

selamat! hidup berjasa!