03 October 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan KOEXSAS Ke-2 2010

Menurut Seksyen 39 Akta, Undang-undang Kecil 25, dengan ini diberitahu kepada semua anggota bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua, koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pahang akan diadakan pada hari Sabtu, 23hb Oktober 2010, jam 3.00 petang bertempat di Dewan Mesyuarat, Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

AGENDA

1. Kata-kata aluan dari pengerusi koperasi

2. Perasmian mesyuarat agung tahunan kali kedua.

3. Memilih Pengerusi dan pencatat minit Mesyuarat Agung.

4. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi.

5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan akan datang.

6. Meluluskan elaun kepada anggota lembaga.

7. Meluluskan pelantikan panel untuk mengaudit akaun koperasi.

8. Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.

9. Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan kedua.

10. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada undang-undang kecil Koperasi.

11. Memilih anggota lembaga.

Diharap para anggota dapat memberi kerjasama dengan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Kedua.

Setiausaha

No comments:

Post a Comment