01 November 2010

Gambar ReUnion Ke-4 2010

Di rumah Norafidah ( Head Girl 1987) @ Kg Baru Chenor, Temerloh, Pahang.... Jemputan Hariraya dan ReUnion EXSAS8387....





18 October 2010

Agenda ReUnion 2010

Agenda Re-Union Ke-3, Jamuan Raya dan AGM Ko-Exsas Ke-2 EXSAS8387 23-24/10/2010

Di Hotel Seri Malaysia, Temerloh (HSMT), Pahang Darul Makmur

Tarikh/Hari

Masa/Tempoh

Aktiviti

Tempat

23/10/2010

Sabtu

11:00 pagi

-

12:00 tengahari

Pendaftaran Re-Union

- Kemaskini maklumat peribadi

Sesi Ramah Mesra

- Bertanya khabar dan berita selama 23 tahun yang lepas

Hotel Seri Malaysia, Temerloh (HSMT)

12:01 tengahari

1:00 petang

Makan Tengahari

- Jemputan Beraya Ke Rumah Norafidah Binti Othman (Head Girl SEMSAS 1987 )

Jamuan Raya

Sesi Fotografi

Kediaman Norafidah @ Jengka

1:00 petang

2:00 petang

Check-in Bilik Penginapan

Sholat Zohor

Hotel Masing-masing

2:01 petang

4:00 petang

Mesyuarat Agung Tahunan Ko-Exsas Kali Ke-2 2010

- Sila rujuk agenda di lampiran

Sesi Fotografi

Dewan Seminar, HSMT

4:01 petang

5:00 petang

Minum Petang (pilihan)

Sholat Asar

Ruang Legar & Surau HSMT

5:01 petang

6:30 petang

Sesi Brainstorming Halatuju EXSAS8387 & Koperasi Ko-Exsas

Dewan Seminar

6:31 petang

8:00 malam

Rehat

Sholat Maghrib

Doa Selamat & Tahlil Arwah

Surau HSMT

8:01 malam

9:00 malam

Makan Malam (disediakan)

Sholat Isyak

Sekitar Temerloh

9:01 malam

10:01 malam

Sesi Ramah Mesra

Penutup Aktiviti Hari Pertama

HSMT

10:01 malam

12:00 malam ...

Sesi Teh Tarik (TT) – Sesi Lanjutan

Sekitar Temerloh

24/10/2010

Ahad

7:30 pagi

9:00 pagi

Sarapan Pagi

HSMT

9:01 pagi

11:00 pagi

Sesi Ramah Mesra

Tunggang Gajah ( In-charge : Azlin )

Sekitar Temerloh

11:00 pagi

12:00 tengahari

Rehat

Check out

12:01 tengahari

3:00 petang

Sesi Beraya

- Konvoi beraya di kawasan Temerloh dan berdekatan

Makan Tengahari

Air terjun ???

Temerloh, Jengka, Mentakab, Janda Baik

Bersurai ! – Jumpa Lagi Tahun Hadapan

Destinasi masing-masing

03 October 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan KOEXSAS Ke-2 2010

Menurut Seksyen 39 Akta, Undang-undang Kecil 25, dengan ini diberitahu kepada semua anggota bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua, koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pahang akan diadakan pada hari Sabtu, 23hb Oktober 2010, jam 3.00 petang bertempat di Dewan Mesyuarat, Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

AGENDA

1. Kata-kata aluan dari pengerusi koperasi

2. Perasmian mesyuarat agung tahunan kali kedua.

3. Memilih Pengerusi dan pencatat minit Mesyuarat Agung.

4. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi.

5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan akan datang.

6. Meluluskan elaun kepada anggota lembaga.

7. Meluluskan pelantikan panel untuk mengaudit akaun koperasi.

8. Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.

9. Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan kedua.

10. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada undang-undang kecil Koperasi.

11. Memilih anggota lembaga.

Diharap para anggota dapat memberi kerjasama dengan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Kedua.

Setiausaha

02 May 2010

Mesyuarat Aktiviti EXSAS Bacth8387

Salam sejahtera,

Pihak KoExsas akan mengadakan mesyuarat seperti berikut;

Tarikh : 8/5/2010 ( Sabtu )
Masa : 9:00 malam
Tempat : Pejabat Koperasi KoExsas, Bdr Baru Selayang
Agenda :

9:00 - Kehadiran semua
9:15 - Pembentangan Produk Halal HPA oleh Speaker Jemputan
10:05 - Speaker meninggalkan majlis
10:10 - Perancangan membuat maksimum profit drpd Halal Hub
10:30 - Penetapan Tarikh AGM dan ReUnion
11:00 - Lain-lain
11:30 - Bersurai

Semua tuan-tuan dan cik-cik puan adalah dijemput hadir bagi berkongsi buah fikiran, resources masing-masing agar membuahkan hasil kecemerlangan.

Terima kasih

Azanil Putra
013-3303162
Timb. Setausaha
KoExsas

06 April 2010

Halal Hub KoExsas


Kita telah memulakan usaha bagi aktiviti koperasi dengan menubuhkan Halal Hub. Inilah memandangkan pentingnya pemakanan yang baik dan membantu ekonomi ahli-ahli koperasi.

Kita patut mengucapkan syabas kepada diri kita yang telah mendaftar kerana berani menyahut cabaran menjayakan pertalian persahabatan ini yang terpatri dari bangku sekolah lagi sehinggalah kini, dan seterusnya insyallah.

Biasa kita dengar ungkapan, "kawan ketawa senang dicari, kawan bersedih susah didapati". Namun ramai yang bercakap tentang ayat itu sahaja, tetapi amat sedikit yang berani berkemampuan untuk memberikan penglibatan. Sekali syabas diucapkan kepada rakan-rakan yang telah mendaftar sebagai ahli sekian lama.

Ringkasnya KoExsas telah mengambil inisiatif, sebagai langkah permulaan, untuk mewujudkan kerjasama dengan Herba Penawar Al Wahida (HPA) bagi mendapatakan senarai pembekalan produk-produk pemakanan dan kesihatan untuk diguna dan dipasarkan oleh ahli-ahli Koexsas.

Bagi mendapatkankan hasil yang maksimum daripada aktiviti Halal Hub ini, ahli disarankan untuk mendaftar bersama KoExsas bagi menggunakan dan memasarkan produk KoExsas/HPA. Sementara waktu, ahli-ahli boleh menggunakan ID Penaja KoExsas : 614242MY di mana-mana cawangan dan stokis HPA bagi membeli atau mendapatkan bekalan produk HPA.

Kelebihan penyertaan Halal Hub KoExsas/HPA;
- produk makanan, kesihatan dan barangan harian 100% HALAL TOYYIBA BARAKAH
- harga diskaun ahli 10-20%
- bekalan kepada ahli keluarga dan sahabat handai
- peluang memulakan perniagaan
- perniagaan dari rumah, menggunakan kecanggihan internet online
- bonus penggunaan
- keuntungan penjualan
- bonus penajaan
- kesedaran penting makanan HALAL, TOYYIBA dan BARAKAH
- memajukan ekonomi KoExsas dan memberi pulangan kepada ahli


Untuk mendapatak berita dan maklumat lanjut HPA, ahli-ahli KoExsas boleh melayari HPA dan juga network KoExsas/HPA .

Masih belum terlambat kepada rakan-rakan lain untuk berdaftar sebagai ahli koperasi KoExsas, atau setidaknya membantu ekonomi koperasi dengan mendapatkan produk-produk Halal Hub KoExsas. Mari sertai kami, memperjuangkan yang halal dan baik.

TSU
Azanil
013-3302162

04 April 2010

Selamat datang !

Blog masih di tahap pembinaan. Hubungi kami di koexsas@gmail.com

Azanil
TSU