Salam sejahtera,
Alhamdulilah, koperasi kini mengatur langkah maju ke hadapan setapak lagi. Resolusi mesyuarat agung baru-baru ini telah menggalakkan penambahan ahli koperator. Maka dengan itu seluruh bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan adalah dengan ini dipelawa menyertai KOEXSAS.
Syarat-syarat adalah mudah sahaja, di mana para graduasi sekalian mestilah
a. Berdaftar sebagai ahli Persatuan Bekas Pelajar SEMSAS (EXSAS) dan mempunyai nombor keahlian EXSAS
b. Yuran Keahlian : RM10.00
c. Modal Asas : RM500.00
Dengan kelayakan di atas, bolehlah mengisi borang permohonan keahlian dan dihantar kepada pihak pentadbiran koperasi.
Bersatu Kita Teguh,, Bercerai Kita Roboh.
Berat sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.
Berakit-rakit keHulu, Berenang-renang ke Tepian
Sikit-sikit, Lama-lama Jadi Bukit
Terima Kasih
Setiausaha
(EXSAS LM036)