
Kita telah memulakan usaha bagi aktiviti koperasi dengan menubuhkan Halal Hub. Inilah memandangkan pentingnya pemakanan yang baik dan membantu ekonomi ahli-ahli koperasi.
Kita patut mengucapkan syabas kepada diri kita yang telah mendaftar kerana berani menyahut cabaran menjayakan pertalian persahabatan ini yang terpatri dari bangku sekolah lagi sehinggalah kini, dan seterusnya insyallah.
Biasa kita dengar ungkapan, "kawan ketawa senang dicari, kawan bersedih susah didapati". Namun ramai yang bercakap tentang ayat itu sahaja, tetapi amat sedikit yang berani berkemampuan untuk memberikan penglibatan. Sekali syabas diucapkan kepada rakan-rakan yang telah mendaftar sebagai ahli sekian lama.
Ringkasnya KoExsas telah mengambil inisiatif, sebagai langkah permulaan, untuk mewujudkan kerjasama dengan Herba Penawar Al Wahida (HPA) bagi mendapatakan senarai pembekalan produk-produk pemakanan dan kesihatan untuk diguna dan dipasarkan oleh ahli-ahli Koexsas.
Bagi mendapatkankan hasil yang maksimum daripada aktiviti Halal Hub ini, ahli disarankan untuk mendaftar bersama KoExsas bagi menggunakan dan memasarkan produk KoExsas/HPA. Sementara waktu, ahli-ahli boleh menggunakan ID Penaja KoExsas : 614242MY di mana-mana cawangan dan stokis HPA bagi membeli atau mendapatkan bekalan produk HPA.
Kelebihan penyertaan Halal Hub KoExsas/HPA;
- produk makanan, kesihatan dan barangan harian 100% HALAL TOYYIBA BARAKAH
- harga diskaun ahli 10-20%
- bekalan kepada ahli keluarga dan sahabat handai
- peluang memulakan perniagaan
- perniagaan dari rumah, menggunakan kecanggihan internet online
- bonus penggunaan
- keuntungan penjualan
- bonus penajaan
- kesedaran penting makanan HALAL, TOYYIBA dan BARAKAH
- memajukan ekonomi KoExsas dan memberi pulangan kepada ahli
Untuk mendapatak berita dan maklumat lanjut HPA, ahli-ahli KoExsas boleh melayari HPA dan juga network KoExsas/HPA .
Masih belum terlambat kepada rakan-rakan lain untuk berdaftar sebagai ahli koperasi KoExsas, atau setidaknya membantu ekonomi koperasi dengan mendapatkan produk-produk Halal Hub KoExsas. Mari sertai kami, memperjuangkan yang halal dan baik.
TSU
Azanil
013-3302162